Ahad, 18 Disember 2011

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah s.a.w. bersabda:
 "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
 1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tetentu
 2. Amanah dijadikan satu sumber keuntungan
 3. Zakat dijadikan hutang
 4. Suami memperturutkan kehendak isteri
 5. Anak derhaka terhadap ibunya
 6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya
 7. Suka menjauhkan diri daripada ayahnya
 8. Suara ditinggikan dalam masjid
 9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
 10. Seorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
 11. Khamar (Arak) diminum di merata tempat
 12. Kain sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki
 13. Para artis-artis disanjung-sanjung
 14. Muzik banyak dimainkan
 15. Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
 Maka pada ketika itu hendaklah mereka menaanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.
 :: HR. Muslim ::

Rabu, 14 Disember 2011

fahami

.:: RENUNGAN BUAT DIRI DAN SAHABAT2Ku ::. (✿◠‿◠) ::Hidup tanpa Ujian~ kita tak akan kenal erti keTABAHan.. ::Hidup tanpa Dugaan.. kita tak akan kenal erti keSABARan.. ::Hidup tanpa Cacian.. kita tak akan kenal erti keSUNGGUHan... ::Hidup tanpa Tohmahan.. kita tak akan kenal erti keKUATan.. ::Hidup tanpa Akal.. ibarat pohon tanpa buah... ::Hidup tanpa Iman.. ibarat bumi tanpa paksi.. ::Hidup tanpa Allah... kamu memang x layak di gelar seorang KHALIFAH... ❤ Hiduplah kerana Allah..bukan kerana manusia.. ❤ Hiduplah dengan iman..kerana ia jaminan kekuatan & keselamatan selama di dunia yg hanyalah persinggahan... ❤ Hari Akhirat jua kita di kekalkan...

PENCURI KUBUR INSAF

7 perkara ganjil selepas mayat ditanam 

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam

CARA-CARA MEMILIH PEMIMPIN

Setiap orang didunia ini harus mempunyai ciri seorang pemimpin yang baik. Ini adalah kerana sifat semulajadi manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Sebagai contoh, seorang suami perlu memimpin isteri, isteri pula perlumemimpin anak, anak pula perlu memimpin adik mereka yang lain, dan ia akan berterusan sehingga ke nisbah infinity. Sifat kepimpinan yang hanya ditujukan terhadap orang yang tertentu sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Pemikiran ini haruslah diubah dan setiap manusia perlu memikul tanggungjawab ini. Tiada seorang pun yang bersifat berkecuali.
Sebelum mengetahui 7 ciri utama seorang pemimpin yang baik, anda perlu mengetahui definisinya terlebih dahulu. Pemimpin adalah bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan. Ciri utama seorang pemimpin yang baik adalah:
•Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
 •Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
 •Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
 •Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
 •Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
 •Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
 •Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya

FAKTA YANG PALING MENARIK

ZIRAFAH MEMBERSIHKAN TELINGANYA MENGGUNAKAN LIDAH SEPANJANG 50CM...BADAK AIR MAMPU BERLARI PANTAS DARIPADA MANUSIA...KUDA TIDUR SECARA BERDIRI..OBOR-OBOR MENGANDUNGI 95 PERATUS AIR...KANGGURU BOLEH MELOMPAT SEJAUH SEMBILAN METER SEKALI LOMPATAN...KANGGARU SEBENARNYA TIDAK BOLEH MELOMPAT JIKA EKORNYA TIDAK MENYENTUH BUMI KERANA EKORNYA ITU BERTINDAK SEBAGAI TOPANG...
DI NEGARA NORWAY,TERDAPAT SEBUAH TEMPAT DI PANGGIL HELL (NERAKA)
SEMENTARA ITU,DI VIRGINIA BARAT,AMERIKA SYARIKAT PULA TERDAPAT SEBUAH TEMPAT BERNAMA 666..
TOMATO DAN TIMUN ADALAH BUAH-BUAHAN,BUKAN SAYUR
SEEKOR LEMBU KENTUT 200 KALI LEBIH BANYAK BERBANDING MANUSIA...
IKAN JERUNG KEBAL TERHADAP PENYAKIT BARAH MANAKALA JIKA SEEKOR KATAK MEMBUKA MULUTNYA LAMA,IA AKAN MATI LEMAS...
UDANG KARANG MENGAMBIL MASA SELAMA 7 TAHUN UNTUK MENCAPAI BERAT 500 GRAM
KETAWA MAMPU MENGELUARKAN UDARA DI DALAM PARU-PARU DENGAN KELAJUAN 60MPH...SESEORANG YANG SERING KETAWA JUGA MEMILIKI RISIKO PENYAKIT JANTUNG 40 PERATUS LEBIH RENDAH DI BANDINGKAN ORANG YANG MURUNG..
SALJI JUGA TURUN DI PERMUKAAN ATMOSFERA PLANET MARIKH..TETAPI BELIM SEMPAT SAMPAI KE BUMI,IA TELAH MENGEWAP...
PLANET MARIKH MELENGKAPKAN SATU PUSINGAN ORBITNYAMENGELILINGI MATAHARI MENGAMBIL MASA 687 HARI
PLANET MARIKH KELIHATAN BERWARNA MERAH KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT BESI YANG BERKARAT TERTANAM..SEBAB ITU JIKA DI LIHAT IA BERWARNA MERAH
PLANET JUPITER MEMPUNYAI 60 BULAN MENGELILINGINYA..TAPI SEBAHAGIANNYA KECIL DAN SUKAR UNTUK DILIHAT MENERUSI TELESKOP
JANTUNG ANGKASAWAN MENGECIL KETIKA BERADA DI ANGKASA
SEPASANG TIKUS BOLEH MENGHASILKAN SEBANYAK DUA RIBU EKOR WARISNYA DALAM SETAHUN

SIPUT BABI MEMPUNYAI 25 000 BATANG GIGI
MUTIARA SANGAT CANTIK TETAPI TAKUKAH ANDA, SEEKOR TIRAM MENGAMBIL MASA SELAMA 7 TAHUN UNTUK MENGHASILKANNYA
SATU SUDU KECIL GULA MEMBEKALKAN 20 KILO KALORI..BERAT SATU SUDU KECIL GULA ADALAH 5 GRAM..OLEH ITU,SATU KILOGRAM GULA ADALAH BERSAMAAN DENGAN 200 SUDU KECIL GULA
UNTUK MEMBAKAR 140 KILO KALORI DARIPADA TUJUH SUDU KECIL GULA,SESEORANG ITU PERLU BERJOGING ATAU BERJALAN MENAIKI BUKIT SELAMA 20 MINIT,SENAMROBIK SELAMA 30 MINIT,BERBASIKAL SELAMA 40 MINIT ATAU MELAKUKAN KERJA-KERJA RUMAH YANG BIASA SEPERTI MENYAPU SAMPAH,MEMBASUH,MEMASAK DAN MENGEMAS SELAMA 1 JAM
ORGANISMA HIDUP YANG TERDAPAT PADA KULIT SEORANG MANUSIA LEBIH BANYAK DARI SELURUH JUMLAH MANUSIA YANG HIDUP DIMUKA BUMI INI.
OTOT-OTOT YANG TERDAPAT DALAM TUBUH SEORANG MANUSIA MEMBENTUK SEPARUH DARI BERAT BADAN
LEMAK DALAM TUBUH MANUSIA CUKUP UNTUK MENGHASILKAN 7 BUKU SABUN
ZIRAFAH TIDAK BATUK
MESKIPUN MEMPUNYAI BONGGOLAN,TULANG BELAKANG SEEKOR UNTA ADALAH LURUS
SEBUAH KOMET YANG MELINTASI ATMOSFERA BUMI BIASANYA EKORNYA ITU MENGHALA KE MATAHARI
SEORANG ANGKASAWAN TIDAK BOLEH SENDAWA DI ANGKASA LEPAS
KETIKA BULAN PURNAMA,BUMI 0.02 DARJAH LEBIH PANAS
JARAK PLANET ZUHAL DENGAN MATAHARI ADALAH 1400 JUTA KILOMETER
GURUN SAHARA MERUPAKAN GURUN YANG KEDUA TERBESAR DI DUNIA,SELEPAS ANTARTIKA DAN GURUN PANAS TERBESAR DI DUNIA..GURUN INI MELIPUTI ALGERIA,CHAD,MESIR,MAGHRIBI,MAURITANIA,MALI,SUDAN,TUNISIA DAN SAHARA BARAT

NYAWA DARWIS ITU DALAM API

          
SUATU HARI AS-SYIBLI SEDANG MENGUCAP "ALLAH" DI HADAPAN ORANG YANG MENDENGAR SYARAHAN BELIAU...SEORANG DARWIS BERDIRI DAN TERUS BERKATA: " UCAPLAH KALIMAH SYAHADAH"
    AS-SYIBLI BERKATA: "BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA MATI SEBELUM MENYEBUT "ALLAH" DAN HANYA SEMPAT MENYEBUT LA ILLA HA ( TIADA TUHAN) ?"
    PERKATAAN AS-SYIBLI ITU SUNGGUH MEMPENGARUHI DAN MEMPERSONAKAN DARWIS ITU...RASA TAKUT KEPADA ALLAH MENYELUBUNGI HATINYA DAN DIA TERUS JATUH LALU MENINGGAL DUNIA DI SITU JUGA...
    SAUDARA-MARA DARWIS MENGADU KEPADA KHALIFAH MENGATAKAN AS-SYIBLI TELAH MEMBUNUH DARWIS ITU.AL-SYABLI PUN TELAH DIPANGGIL MENGHADAP KHALIFAH.BELIAU DISURUH MENJAWAB TUDUHAN KE ATASNYA..
    AS-SYABLI BERKATA: "NYAWA DARWIS ITU DALAM API DAN IA DIA PANGGANG DALAM KERINDUAN HENDAK BERTEMU ALLAH..DIA TELAH MENCERAIKAN DIRI DENGAN ALAM DAN TIDAK BERHAJAT KEPADA DUNIA LAGI."
    "DIA TIADA TEMPAT PERLINDUNGAN DALAM ALAM INI..DIA BERGANTUNG PADA ALLAH,MEMYEBABKAN DIRINYA LEMAH DAN TIDAK BERDAYA..DARWIS ITU TIDAK TAHAN MENDENGAR PERKATAAN SAYA DAN SEPITAS PANDANGAN DIA TELAH MELIHAT ALLAH..SINARAN ALLAH ITU TIDAK TERTAHAN OLEHNYA..BADANNYA TIDAK TERTANGGUNGLAGI LALU DIA MENINGGAL DUNIA DAN KEMBALI KE RAHMATULLAH."
    KHALIFAH MEMERINTAHKAN SUPAYA AS-SYABLI PERGI KERANA PERKATAAN SANGAT BERPENGARUH DAN MEMPERSONAKAN...KHALIFAH KHUATIR JIKA AS-SYABLI TERUS BERCAKAP,MUNGKIN BAGINDA SENDIRI AKAN JATUH PENGSAN...

*AS-SYABLI DILAHIRKAN DI BAGHDAD,IRAQ DAN MENINGGAL DUNIA DALAM USIA 87 TAHUN PADA 846 MASIHI..BELIAU ANTARA AULIA DAN AHLI TASAWUF TERKENAL SERTA BERSAHABAT BAIK DENGAN AL-JUNAID YANG MEMPUNYAI KARAMAH LUAR BIASA*

Selasa, 6 Disember 2011

70 SEHARI MALAIKAT MAUT MELIHAT KITA

Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
 


Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah

ALASAN PEREMPUAN TIDAK MENUTUP AURAT

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita

BERTUAH SUNGGUH JIKA KITA DAPAT MATI SYAHID

Alangkah bertuah nya bagi sesiapa yang mati nya dalam keadaan mati syahid..Nescaya akan terpelihara segala bentuk tubuh badannya daripada di makan tanah untuk di jadikan bukti semasa di akhirat nanti..Kalau tiba saat kematian nanti, mintak-mintak la kita mati dalam keadaan yang syahid =)


- Video di bawah menunjukkan bagaimana seseorang yang telah dikatakan meninggal dunia 22 tahun yang lalu masih segar mayatnya tanpa ada kesan pereputan walaupun telah berlalu 22 tahun. Dikatakan keranda mengandungi mayat itu dijumpai ketika aktiviti mengorek tanah untuk kerja-kerja pembinaan.


Bukan untuk menafikan harus mayat seseorang yang mati syahid tidak mereput tetapi kalau dilihat daripada keranda, plastik serta kain yang membungkus mayat tersebut tidak ada tanda-tanda seperti ia sudah berusia 22 tahun. Kesemuanya kelihatan masih segar-bugar termasuklah pakaian yang dipakai oleh pemuda yang dikatakan telah mati syahid 22 tahun yang lalu. Malah bendera Iran yang menutup keranda juga masih utuh.


Ini mendatangkan kemusykilan sama ada benar atau ia hanyalah satu rakaman lakonan?

kelebihan berpuasa pada 10 muharram

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Ahad, 4 Disember 2011

Sahabat-sahabat:

* Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka RAWATLAH hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka LAKARLAH sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.
...
* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka BINALAH satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka PERTAHANKAN Islam dimata dunia

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka PANDULAH manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka AWASILAH umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka DIDIKLAH anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka SEDARKANLAH sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka BENTUKKANLAH acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas.

so ...renung2kan n selamat beramal..
< i ♥ ISLAM>

Sabtu, 3 Disember 2011

kata semangat

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya” ~ Hamba Allah
“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah
“Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.”
“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
“Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
“Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.”
“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” ~ Cecil B. DeMille
“Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.”
“Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.” ~ Aflatun
“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.”
“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”
“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.”
“Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.”
“Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.”
“Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”
“Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”
“Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.”
“Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.”

“Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.”

JANGAN MENGHINA ORANG YANG TIDAK PANDAI

IMAM al-Bukhari menyebut, kewajipan seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ilmu adalah elemen pembangunan yang penting dalam menjamin kelangsungan hidupnya hati kita. Kata Saidina Ali Bin Abi Talib: “Hidupnya hati adalah berkat bertambahnya ilmu sedangkan matinya hati akibat ketiadaan ilmu. Sihatnya hati berkat keyakinan sedangkan sakitnya hati akibat keraguan.”

Bagaimanapun akhir-akhir ini golongan yang tidak berilmu cenderung berlagak seperti mereka berilmu tinggi. Natijahnya membawa kepada porak peranda kehidupan manusia dan kemusnahan binaan ilmu yang sebenar.

Secara bandingannya, seseorang doktor tidak dibenarkan memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Jika ahli akademik berlagak doktor dengan memberi ubat kepada pesakitnya tentulah memudaratkan pesakitnya.

Seseorang itu tidak diluluskan kemampuannya membina bangunan tinggi melainkan setelah dia memiliki kelulusan dalam bidang binaan melalui ilmu seni bina yang dikuasainya. Jika dilakukan juga tanpa memiliki ilmu, pasti boleh menyebabkan berlaku keruntuhan bangunan walaupun dia mungkin mempunyai bakat dan gaya menjadi jurubina.

Elemen kemusnahan dan kerosakan terjadi apabila yang tidak berilmu dalam aspek pengurusan bercakap soal urusan umat, jahil berlagak seperti orang alim, menghafal sepatah dua ayat berlagak hafiz, bukan ulama mengaku dirinya ulama kononnya untuk dihormati dan dikagumi.

Maka ketika itu bersedialah kita menerima akibatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Apa yang mendukacitakan, akhir-akhir ini lahir golongan disebut Rasulullah SAW sebagai Ruwaibidhah, golongan sebenarnya tidak berilmu tetapi dilihat berilmu, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi masalahnya ilmu tidak cukup untuk bercakap atau memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka.

Al-Imam al-Sayuti menjelaskan, Al-Ruwaibidhah adalah orang lemah yang cuba mencampuri perkara besar dan berusaha untuk memperolehnya.

Ingatlah bahawa bercakap tanpa berfikir adalah petanda betapa rendahnya ilmu dan rosaknya akhlak. Ilmu yang lahir dari tapisan mulut golongan berilmu menyumbang banyak faedah kepada ummah.

Kata hikmat orang Arab, orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu. Di sesetengah tempat kita dapat melihat seorang yang cekap berkomunikasi dan pandai berceramah terus diberi peluang berucap serta membuat pelbagai kupasan berkaitan isu agama.

Keupayaannya berbicara seolah-olah dia menguasai kesemua disiplin ilmu dalam Islam. Apatah lagi ceramah boleh mendatang pendapatan lumayan maka ramai berusaha menjadi penceramah dengan menghafal ayat atau hadis lalu mentafsirkannya menurut digemarinya, bersesuaian keinginan semasa.

Golongan berilmu sebenarnya memperoleh kedudukan dan martabat tinggi dalam kalangan penghuni langit dan bumi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang berilmu akan diminta keampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada dalam air. Keutamaan orang berilmu dibandingkan dengan ahli ibadah bagaikan bulan purnama atas seluruh bintang.” (Hadis riwayat Abu Dawud, Ar-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Jumaat, 2 Disember 2011

perbualan seorang bayi dgn pencipta

Assalamua'laikum .. Post kali ini ana nak share satu kisah .. Kisah ini adalah perbualan antara Bayi dengan Tuhan .. Allah telah utuskan seorang Malaikat untuk menjaga bayi itu di dunia .. Siapakah Malaikat itu ? Jom baca =)

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu

Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Jagalah hati Ibu anda sebelum Allah mengambilnya kembali .. Kepada yang sudah tidak mempunyai ibu , anda masih ada Doa untuk ibumu .. Ingat ! Tanpa ibu , tidak akan wujud dirimu .. Sayang Ibu ='

Khamis, 1 Disember 2011

pelik

Haiwan Di dalam Batu
Pada 1821, ketika memecahkan sebuah batu besar, seorang tukang telah menemui seekor cicak terlekat di dalam batu tersebut. Cicak yang disangka telah mati itu didapati hidup semula setelah 5 minit terdedah dengan udara. Sejak itu, penemuan lain seperti katak turut direkodkan dan ada juga haiwan yang masih hidup setelah dikeluarkan. Ini menimbulkan persoalan: Bagaimana haiwan-haiwan itu masuk ke dalam batu dan kekal hidup? Bagaimana batu boleh mempunyai kesan bentuk haiwan tersebut? Dan berapa lama haiwan itu telah berada di dalam batu tersebut?

Kecacatan Binatang Ternakan
Pada 1990, C.E. Potts, seorang penternak, terkejut apabila mendapati haiwan ternakannya telah kehilangan organ pembiakan, mata dan bulu mata. Kecacatan haiwan itu menjadi tanda-tanya kerana semua organ itu dikeluarkan dengan sempurna dan langsung tiada kesan pemangsa dan darah di kawasan berdekatan. Kejadian ini mula direkodkan apabila semakin banyak kes yang sama berlaku di sekitar Minnesota dan Kansas. Teori yang dikaikan dengan kes-kes ini ialah ajaran sesat, makhluk asing, eksperimen rahsia kerajaan US (kemunculan helikopter hitam di tempat penemuan haiwan) dan wabak merbahaya.



Dengungan Misteri
Penduduk di Britain dan sebahagian barat daya US telah membuat aduan tentang bunyi dengungan yang tidak pernah hilang. Para pengkaji pula gagal mencari punca bunyi yang telah menyebabkan penduduk-penduduk di dua kawasan itu sukar tidur, mengalami gangguan kesihatan dan tumpuan. Kes yang paling popular ialah Dengungan Taos yang berlaku dia Taos, New Mexico pada 1993 yang mendorong Kongress Amerika membuat rayuan agar punca dengungan itu dicari secepat mungkin. Namun hingga ke hari ini, punca dengungan itu masih lagi menjadi misteri. Satu teori yang boleh diterima ke hari ini ialah kaitan dengungan itu dengan sistem komunikasi tentera semasa menghubungi kapal selam.


Bebola Kilat
Pada Januari 1984, bebola kilat berdiameter empat inci memasuki ruang pesawat penumpang Rusia dan terbang di atas penumpang. Ekor bebola kilat itu berpecah kepada dua dengan bentuk bulan sabit sebelum bersambung semula dan terus keluar dari pesawat itu. Ia meninggalkan dua lubang pada dinding pesawat. Apa yang menghairankan, bebola itu seolah-olah bijak mengelak dari melanggar sebarang objek di hadapannya. Rekod lain tentang bebola ini juga mengatakan ada kalanya ia meninggalkan lubang pada objek yang dilanggar dan ada juga langsung tidak meninggalkan sebarang kesan.


Cahaya “Hantu”
Fenomena ini pernah dikaitkan dengan bebola kilat tetapi tiada bukti kukuh perkaitan kedua-duanya. Kes paling popular ialah Marfa Light yang berlaku di Marfa, Barat Texas. Cahaya misteri ini boleh dilihat hampir setiap malam sejauh 15 batu selama beberapa generasi. Ia mula menjadi misteri apabila penyiasat gagal mengesan cahaya itu apabila mendekatinya. Cahaya “hantu” lain yang popular ialah The Tri-State Spooklight berdekatan sempadan Oklahoma, Kansas dan Missouri. Teori yang selalu dikaitkan ialah aktiviti makhluk asing, logamaya dan kewujudan hantu.


Awan Aneh
Pada September 1814 di Agen, Perancis, kemunculan awan berbentuk sfera yang berpusing dan bergerak laju menjadi tanda-tanya penduduk di situ. Menurut mereka, ketika itu cuaca cerah dan tiba-tiba awan tersebut muncul, menghasilkan bunyi guruh lalu menghujankan batu-batu kecil. Awan itu kemudian bergerak perlahan-lahan meninggalkan pekan kecil itu. Di Oyster Bay, Long Island pula, seorang lelaki diserang oleh “spitting cloud”. Hingga kini masih tiada jawapan untuk kes-kes sebegini.


Hujan Ikan
Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta-juta ikan tiba-tiba jatuh dari langit. Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal, Charles Fort yang turut merekodkan kejadian hujan katak, siput malah buaya yang pernah berlaku. Fenomena ini dikatakan berpunca dari angin yang kuat telah menarik haiwan kecil dari kawasan berair sebelum dijatuhkan di tempat yang berbatu-batu jauhnya. Cuma yang menjadi persoalan, mengapa hanya sejenis haiwan sahaja yang ditarik oleh angin tersebut bagi setiap kes?


Crop Circle
Fenomena ini semakin dikaitkan dengan manusia kerana ramai yang mengaku membuat “crop circle” tersebut. Tetapi masih ada yang percaya ia mempunyai kaitan dengan fenomena yang sukar dijelaskan kerana terdapat ‘crop circle’ yang mempunyai persamaan: tangkai yang dianyam, perubahan pada struktur tangkai dan kejadian pelik yang berlaku kepada pengkaji seperti peralatan tidak berfungsi, kesan pada fizikal dan pendengaran.


Letupan Tunguska
Setelah 90 tahun kejadian letupan di Tunguska, Siberia berlaku, ia masih menjadi bencana alam yang paling misteri. Pada 30 Jun 1908, satu bola api yang dianggarkan 1000 kali lebih kuat dari bom atom Hiroshima menghentam bumi melibatkan satu kawasan sebesar 2,150 km persegi. Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan tumbuhan di situ, malah kebakaran di situ kekal selama berminggu-minggu dan bunyi hentaman itu boleh didengar dari tempat yang jauh. Teori yang dikaitkan dengan kejadian itu ialah letupan meteor atau UFO yang mempunyai reaktor nuklear, hentaman komet dan senjata berkuasa ciptaan Nikola Tesla yang tersalah sasaran.


Rods
“Rods” pertama kali ditemui oleh pembuat filem, Jose Escamilla apabila dia ternampak objek panjang terbang dalam filem yang sedang dirakam di beberapa lokasi. Objek ini adalah serangga dan hanya boleh dilihat melalui rakaman yang telah diperlahankan kerana ia bergerak terlalu laju untuk dilihat dengan mata kasar. Menurut Escamilla, serangga ini berbentuk silinder, terbang dengan kelajuan tinggi dan seolah-olah hidup ketika terbang di udara. Ia mempunyai sayap dan badannya membengkok ketika terbang. Ia juga dinamakan "ikan terbang".

Rabu, 30 November 2011

wanita solehah

-> Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
-> Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
-> Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
-> Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
-> Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
... -> Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

-> Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
-> Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
-> Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
-> Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
-> Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
-> Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang' ,
 

PUNCA-PUNCA BERLAKU NYA ZINA

1) BERDUA-DUAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
    -HADIS DIRIWAYATKAN AT-TARMIZI BERMAKSUD "APABILA SEORANG LELAKI BERSENDIRIAN  DENGAN SEORANG WANITA,YANG KETIGA IALAH SYAITAN"
2) BERSENTUH-SENTUHAN
    -RASULULLAH S.A.W. BERSABDA BERMAKSUD "JIKA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU DI TIKAM DI KEPALANYA DENGAN SEBATANG BESI,ITU LEBIH BAIK DARIPADA DIA MENYENTUH SEORANG PEREMPUAN YANG DIHARAMKAN DIA MENYENTUHNYA" ( HADIS RIWAYAT TABRANI)
3) PANDANGAN BERAHI
   -" KATAKANLAH KEPADA ORANG-ORANG MU'MIN LAKI-LAKI,HENDAKLAH MEREKA ITU MENUNDUKKAN SEBAHAGIAN PANDANGANNYA DAN MENJAGA KEMALUANNYA...DAN  KATAKANLAH KEPADA ORANG-ORANG MU'MIN PEREMPUAN:HENDAKLAH MEREKA ITU MENUNDUKKAN SEBAHAGIAN PANDANGANNYA DAN MENJAGA KEMALUANNYA"
                                                                         SURAH AN-NUR AYAT:30-31
4) PERGAULAN BEBAS
   - "TIDAK BOLEH SEMBUNYI DARI KAMU DENGAN PEREMPUAN DAN TIDAKBOLEH BERMUSAFIR SEORANG PEREMPUAN MELAINKAN BERSAMANYA MUHRIM" (RIWAYAT IMAM BUKHARI)

5) CARABERPAKAIAN,BERSOLEK & WANGI-WANGIAN
   - FIRMAN ALLAH YANG ERTINYA "DAN JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN MEREKA MELAINKAN BARANG APA YANG TELAH TAMPAK DARIPADANYA,DAN HENDAKLAH MEREKA ITU MENGULURKAN TUDUNG KEPALA MEREKA ATAS LEHER DAN DADA MEREKA"
                                                                     SURAH AN-NUR AYAT:31

Isnin, 28 November 2011

PILIH LAR IMAM ATAU KETUA ANDA DENGAN BETUL

Setiap orang didunia ini harus mempunyai ciri seorang pemimpin yang baik. Ini adalah kerana sifat semulajadi manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Sebagai contoh, seorang suami perlu memimpin isteri, isteri pula perlumemimpin anak, anak pula perlu memimpin adik mereka yang lain, dan ia akan berterusan sehingga ke nisbah infinity. Sifat kepimpinan yang hanya ditujukan terhadap orang yang tertentu sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Pemikiran ini haruslah diubah dan setiap manusia perlu memikul tanggungjawab ini. Tiada seorang pun yang bersifat berkecuali.
Sebelum mengetahui 7 ciri utama seorang pemimpin yang baik, anda perlu mengetahui definisinya terlebih dahulu. Pemimpin adalah bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan. Ciri utama seorang pemimpin yang baik adalah:
•Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
 •Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
 •Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
 •Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
 •Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
 •Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
 •Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya