Isnin, 28 November 2011

PILIH LAR IMAM ATAU KETUA ANDA DENGAN BETUL

Setiap orang didunia ini harus mempunyai ciri seorang pemimpin yang baik. Ini adalah kerana sifat semulajadi manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Sebagai contoh, seorang suami perlu memimpin isteri, isteri pula perlumemimpin anak, anak pula perlu memimpin adik mereka yang lain, dan ia akan berterusan sehingga ke nisbah infinity. Sifat kepimpinan yang hanya ditujukan terhadap orang yang tertentu sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Pemikiran ini haruslah diubah dan setiap manusia perlu memikul tanggungjawab ini. Tiada seorang pun yang bersifat berkecuali.
Sebelum mengetahui 7 ciri utama seorang pemimpin yang baik, anda perlu mengetahui definisinya terlebih dahulu. Pemimpin adalah bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan. Ciri utama seorang pemimpin yang baik adalah:
•Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
 •Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
 •Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
 •Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
 •Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
 •Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
 •Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan